Blogger Templates


03 January 2012

SENARAI SULTAN JOHOR

DAULAT TUANKU!!!
   

(1511 - 1528)Sultan Mahmud Shah
(1528 - 1564)Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali)
(1564 - 1570)Sultan Muzaffar Shah II
(1570 - 1571)Sultan Abdul Jalil Shah I
(1571 - 1597)Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
(1597 - 1615)Sultan Alauddin Riayat Shah III
(1615 - 1623)Sultan Abdullah Ma’ayat Shah
(1623 - 1677)Sultan Abdul Jalil Shah III
(1677 - 1685)Sultan Ibrahim Shah
(1685 - 1699)Sultan Mahmud Shah II
(1718 - 1722)Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
(1760 - 1761)Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
(1761 - 1812)Sultan Ahmad Riayat Shah
(1761 - 1812)Sultan Mahmud Shah III
(1812 - 1819)Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(1819 - 1835)Sultan Hussain Shah (Tengku Long)
(1835 - 1877)Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Hussain Muazzam Shah
(1855 - 1862)Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
-Sultan Johor ke-20
-tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.
BIODATA
-lahir pada 8 Disember 1810.
-dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau.
 -anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah.
 -menerima pendidikan swasta di Singapura
-juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.
PEMERINTAHAN
1833, baginda menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.
-10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura.
- dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, iaitu Temenggungnya kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar
-Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". 
-Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866.
-baginda mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun.
-1833, memperkenalkan "Sistem Kangcuuntuk memajukan perusahaan ladang lada hitam dan gambir di Johor.
-mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura.
KELUARGA
-mempunyai tida orang isteri iaitu Inche Ngah, Engku Long Muda dan Tengku Andak.
-mempunyai tujuh orang anak lelaki iaitu Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah), Ungku Muhammad Daeng Ibrahim, Ungku Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja, Ungku Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda), Ungku Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja, Ungku Muhammad Khalid Daeng Ibrahim dan Ungku Daud Daeng Ibrahim.
-serta mempunyai lima orang anak perempuan iaitu Ungku Besar Daeng Ibrahim, Ungku Pah Daeng Ibrahim, Ungku Khadija Daeng Ibrahim, Ungku Zaharah Daeng Ibrahim dan Ungku Nong Hawa Daeng Ibrahim.


(1862 - 1895)Almarhum Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Temenggung Tun Daeng Ibrahim 
BIODATA
-duputerakan pada 3 Februari 1833.
-1868, memakai gelaran Maharaja Johor.
-baginda ialah sultan pertama Johor moden.
-digelar Bapa Johor Moden
-baginda merupakan seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.
-telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga.
-1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor.
-memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
-mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi.
-bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu.
-Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.
-1883, merasmikan Penjara Johor Bahru.
-1885, menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British dimana British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
-bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat.
-14 April 1895, baginda menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
-baginda mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
KELUARGA
-mempunyai 4 orang permaisuri iaitu Wan Chik bt Muhammad Tahir, Zubaidah bt Abdullah, Fatimah bt Abdullah dan Khadija Khanum.
-mempunyai lima orang putera dan puteri iaitu  Tunku Ibrahim Iskandar (later Sultan Ibrahim), Tunku Mariam, Tunku Besar Putri, Tunku Azizah dan Tunku Fatimah.

(1895 - 1959)Al-Marhum Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar
-merupakan Sultan Johor ke-22.
BIODATA
-September 1873, baginda diputera di Istana Bidadari, Singapura.
-bondanya ialah Sultanah Cik Besar Zabedah Abdullah.
-23 Mei 1891, dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru.
-baginda telah menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat Kerajaan Johor di London bagi membuktikan Kerajaan Johor merupakan kerajaan yang bebas dan berdaulat.
-1905, baginda telah menubuhkan Pasukan Sukarelawan Johor (Johore Volunteer Forces) dan memperlengkapkan Pasukan Timbalan Setia Johor (Johore Military Force) dengan senjata yang moden dan canggih.
-11 Mei 1914, satu perjanjian ditandatangani antara baginda dengan Sir Arthur Young (1911-1920), Gabenor Negeri-Negeri Selat dimana Johor akan menerima Sir Douglas James Campbell sebagai Penasihat Am Inggeris pertama di Johor.
-Walaupun baginda menerima penasihat Inggeris, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti mana raja-raja Melayu lain dimana kuasa mereka di kawal oleh Residen Inggeris dan berperanan hanya terhadap adat Istiadat Melayu dan agama Islam sahaja.
LAWATAN KE LUAR NEGARA
-12 Mac 1934, baginda telah mengadakan lawatan ke Jepun dan mengadap Maharaja Hirohito. 
-di Jepun, baginda telah dianugerahkan darjah kebesaran ''Order of The Rising Sun'' oleh Maharaja Hirohito. -Jun 1934, baginda telah mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Roosevelt di White House.
-Ogos 1934, baginda telah mengadakan lawatan ke England dan menemui Raja George V di Istana Buckingham.
KELUARGA
-baginda telah berkahwin sebanyak enam kali.
-pertama, Sultanah Maimuna pada 5 Oktober 1892 di Istana Tyersall, Singapura
-2 November 1895, Ungku Maimuna dimahkotakan sebagai Sultanah tetapi mangkat dengan awal pada umur 35.
-ke-2, Sultanah Ruqaiya (4 September 1880 - 8 Mac 1926).
- 30 Ogos 1920, Sultanah Ruqaiya dimahkotai sebagai Sultanah.
-ke-3, Che Puan Hasana binti Ja'afar, iaitu anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.
-ke-4, (1926) berkahwin dengan  Ungku Intan binti Ungku Ahmad iaitu anak perempuan Ungku Ahmad bin Ungku Muhammad.
-ke-5, Helen Bartholomew (21 Disember 1889 - 13 Ogos 1977).
-dilahirkan di GlasgowHelen berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Woking, Surrey pada 15 Oktober 1930 dan bercerai pada 31 Disember1937.
-Helen ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua.
-Baginda dimahkotai sebagai Sultanah di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931 dengan gelaran Sultanah Helen Ibrahim.
-ke-6,  Sultanah Marcella Ibrahim (7 November 1915 - 1 Jun 1982).
-Sultanah Marcella Ibrahim dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel.
-berkahwin di London pada 6 November 1940.
-Baginda dimahkotai sebagai Sultanah pada 17 September 1955 dengan gelaran Sultanah Marcela Ibrahim.
-bagaimanpun, baginda lebih dikenali sebagai Lady Marcela.
-Sultan Ibrahim mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
-  Seorang anakanda lelaki yang dilahirkan oleh Sultanah Maimuna dan yang mangkat pada Ogos 1893.
-  Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, juga dilahirkan oleh Sultanah Maimuna.
- Tunku Abu Bakar ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, yang dilahirkan oleh Sultanah Ruqaiya.
- Tunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim, yang dilahirkan oleh Che Puan Hasana.
-seorang puteri, iaitu Tunku Mariam, yang dilahirkan oleh Sultanah Marcella.
 -8 Mei 1959, Sultan Ibrahim mangkat di Grosvenor House,London dikebumikan di Makam Mahmoodiah,Johor Bahru.

(1959 - 1981)Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Ibrahim Al-Masyhur
-Sultan Johor ke-23.
BIODATA
- 28 Oktober 1894, baginda diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru .
-Bondanya ialah Sultanah Maimunah.
-(1978-1981), menjadi Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia.
-2 November 1895, menjadi Tunku Mahkota.
PENDIDIKAN
-Mendapat didikan awal di Rose Hill School, Tunbridge Wells, Kent, Aldeburgh Lodge, Suffolk, Roydon Hall, Norfolk dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. 
-12 Mac 1934, dilantik kepangkat Mejar dalam Pasukan Timbalan Setia Nederi Johor(JMF).
-(1959-1981), merupakan Kolonel Komandan JMF.
-juga dilantik Kapten Yang DiPertua TLDM.
KELUARGA
-baginda telah berkahwin sebanak dua kali.
-pertama, merupakan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad( 30 Ogos 1920 ).
-namun, sultanah telah mangkat pada tahun 1977 akibat kemalangan jalanraya di Muar. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan puteri dimana 3 daripadanya hidup sehingga dewasa iaitu Tunku Abdul Jalil (1924-1925), Tunku Kalthum Maimunah (1927-1930), Tunku Abdul Rahman (1930-1930), Tunku Mahmud Iskandar (Sultan Iskandar) (1932-2010)Tunku Abdul Rahman (1933-1989)Tunku Helen (1936-1937) dan Tunku Tun Maimunah (1939).
-Oktober 1978, baginda telah berkahwin dengan Sultanah Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad.
-10 Mei 1981,Sultan Ismail telah mengkat di Johor Bahru dan dimakamkan di Makam Mahmoodiah.

1981 - 2010)Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi
-Sultan Johor ke-24.
-Tunku Mahkota Johor pada Mei 1959.
-juga dikenali dengan panggilan Tunku Mahmud Iskandar.
BIODATA
-22hb. November 1958, baginda diputerakan di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah).
-bondanya ialah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad.
-(26 April 1984-25 April 1989), menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8.
PENDIDIKAN
-menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
-1952, dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School semasa berusia 16 tahun.
-1953, baginda pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chinese School selama tiga tahun.
-1956, pulang ke Tanah Melayu dan menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor, dimana menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal-ehwal dalam Jabatan Hal-Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan.
-5 April1982, baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
-pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces).
-gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
KELUARGA
-Baginda telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad.
-dikurniakan dua orang putera dan lapan orang puteri iaitu Tunku Kamariah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Azizah Aminah Maimunah binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Besar Zabedah Aminah binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bin Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Mariam Zaharah binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Aminah Kalsom binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Muna Najiah binti Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Abdul Majid bin Sultan Mahmud Iskandar, Tunku Maimunah Ismiliah binti Sultan Mahmud Iskandar dan Tunku Noraini Fatimah binti Sultan Mahmud Iskandar.
AKHIR HAYAT
-tahun 2000, baginda menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat.
-22 Januari 2010, Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri, setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering. 
-Kemangkatan baginda pada 7.15 petang, diumumkan secara rasmi pada 11.20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
-Almarhum dimakamkan di Makam Mahmoodiah pada jam 2 petang keesokannya.


(2010 - sekarang)Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
-Sultan Johor ke-25.
-berketurunan Temenggung.
-23 Januari 2010, dilantik menjadi Sultan Johor.
BIODATA
-22 November 1895, baginda diputerakan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
-bondanya bernama Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow).
-3 Julai 1981, ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor.
-22 April 1984, dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor kerana Sultan Iskandar telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Agong ke-8.
PENDIDIKAN
-belajar di Sekolah Temenggung Abdul Rahman 1, Johor.
-(1968-1970), belajar di Trinity Grammar School, Australia
-kemudian, kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
-belajar asas-asas agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.
-Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.
- mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort BeningGeorgia, Amerika Syarikat.
-kemudian, dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
-menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus helikopter di Kem Tentera Kluang.
-Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
-Tuanku juga meminati pelbagai bidang sukan terutamanya Polo yang membawa baginda menyertai kejihanan di peringkat dunia seperti di Singapura, Manila dan Brunei.
-juga meminati sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.
KELUARGA
-1982, berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah II kerabat diraja negeri Perak.
-dikurniakan 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (Tunku Mahkota Johor), Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.