Blogger Templates


29 December 2011

SENARAI MENTERI-MENTERI BESAR JOHOR

1) YAB. DATO' JAAFAR BIN MUHAMMAD 
(1886 - 1919)

-dilahirkan pada 1838 di Telok Belanga, Singapura.
-mendapat pendidikan Melayu di Singapura
-berketurunan kerabat diraja dan Bendahara Melaka.
-meninggal pada 1919.
-berkhidmat dengan kerajaan Johor pada usia 16 tahun.
1856, dilantik sebagai kerani Besar di Pejabat Menteri dan kemudiannya, terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga 1882.
-seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar.
SUMBANGAN
-semasa menjadi Menteri Besar, memastikan semua pegawai British yang berkhidmat diwajibkan memakai pakaian rasmi karajaan Johor.
-mengarahkan bendara Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, tidak dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor.
-mengarahkan semua surat-surat ditulis dalam bahasa Melayu.

2) YAB. DATO' MOHAMED BIN MAHBOB 
(1920 - 1919)
-dilahirkan pada tahun1852.
- meninggal pada tahun 1926.
SUMBANGAN
-banyak memberi sumbangan kepada pendidikan negeri Johor.
-sepanjang berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran, telah menubuhkan 86 buaah sekolah Melayu, 4 buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina, dan 2 buah sekolah Tamil.
-bertindak menguatkuasakan enakmen pelajaran bersam Mohd Khalid pada 1902.
-enakmen itu menegaskan bahawa setiap ibu bapa atau penjaga perlu menghantar anak mereka yang berrumur 7-16 tahun ke sekolah. Denda sebanyak RM25.00 atau penjara tiga bulan.

3)YAB. DATO' ABDULLAH BIN JAAFAR 
(1923 - 1928)
-dilahirkan pada tahun 1875.
-meninggal pada 28.4.1934.
-memulakan karier sebagai Kapten dalam Pasukan Askar.
-1900, mendapat jawatan Pelatih Pesuruhjaya Polis.
-1903, dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Muar.

4) YAB. DATO' MUSTAPHA BIN JAAFAR 
(1928 - 1931)
-dilahirkan pada 16.10.1862.
-meninggal pada 5.1.1946.
-mendapat pendidikan awal di Singapura.
-1881, memulakan kerja di Pejabat Dato' Bentara.
-1928, menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan.
-mac 1928, memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar.

5) YAB. DATO' ABDUL HAMID BIN YUSUF 
(1931 -1931)
-dilahirkan pada 17.10.1876.
-meniggal dunia pada 28.12.1934.
-memulakan karier sebagai Prebet dalam Pasukan Askar.
-1894, dinaikkan pangkat ke Lans Koperal.
-14.4.1894, menjadi Koperal
-20.1.1895, dinaikkan pangkat menjadi Bateri Sarjan.
-1905, sebagai Kapten dan kemudian menjadi Major.
-1920, dinaikan pangkat menjadi Leftenan Kolonel.
-1931, dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri.

6) YAB. UNGKU ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID 
(1935 - 1947)
-dilahirkan pada 17.8.1887.
-1905, dihantar ke England dan pulang semula pada tahun 1908.
-mula bekerja di Pejabat SUK.
-1910, bertukar ke jawatan Askar dengan pangkat Kadet, seterusnaya Leftenan dan pengiring Sultan pada tahun 1912.
-1915, bertukar ke pejabat Kewangan sebagai Pemeriksa Kira-kira.
-11.9.1920, telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
-1.12.1922, dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerja.
-22.1.1923, dilantik menjadi Ahli Majlis Jemaah Menteri.
-5.1.1925, memegang jawatan Timbalan Menteri.
-meninggal dunia pada 29.4.1951. 

7) YAB. DATO' ONN JAAFAR 
(1947 - 1950)
-dilahirkan pada 12.2.1895 di BUkit Gambir, Johor.
-berumah tangga bersama Datin Halimah Husien.
-ayahnya merupakan Menteri Besar Johor yang pertama, iaitu Dato' Jaafar Muhammad.
-merupakan kerabat diraja Johor dan telah dipelihara sejak kecil oleh Sultan Ibrahim Ibni Sulatan Abu Bakar.
-sebelum melanjutkan pelajaran ke England, beliau  mendapatkan pendidikan Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
-1930, semasa berusia 35 tahun, pernah bekerja sebagai wartawan.
-1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
-pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
-menjadi ketua Pejabat Kawalan makanan Negeri Johor semasa zaman Pendudukan Jepun.
-pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British tetapi berhenti kerana membantah dasar penjajahan.
-1 Mei 1946, dilantik menjadi Presiden pertama Kongres Melayu.
-1 Oktober 1946, dilantik menjadi Menteri Besar.
-3 tahun kemudian meletak jawatan sebagai Menteri Besar untuk menumpukan masanya kepada UMNO.
-25-26 Ogos 1951, melaetk jawatan sebagai Presiden UMNO.
-26 Ogos 1951, menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
-1954, meninggalkan IMP dan menubuhkan Parti Negara.
--meninggal dunia pada 19 Januari 1962 disebabkan penyakit jantung dan kencing manis serta uzur.

8) YAB. DATO' SYED ABD. KADIR BIN MOHAMED 
(1952 - 1955)
-lahir pada 5 Mei 1900, di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar.
-memulakan persekolahan di sekolah Melayu.
-meneruskan pelajaran hinggalah lulus peperiksaan Junior Cambrige di Raffle Scholl, Singapura.
-memulakan karier sebagai kerani di Pejabat Perbandaraan Muar sehingga dinaikkan pangkat ke jawatan Kerani Pangkat Dua.
-semasa bekerja, meneruskan pelajaran dalam bidang Setiausaha dan Undang-undang.
-(1937-1940), menjadi Setiausaha Bandaran Johor Bahru.
-Nov 1940-1942, menjadi Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan Muar.
-memegang jawatan di Pejabat Cukai,.
-sebagai Ahli Jemaah Menteri.
-sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan.
-sebagai Federal Cuoncil.

9) YAB. DATO' IDRIS BIN IBRAHIM 
(1955 -1959)
-dilahirkan pada 13 Oktober 1888 di Segamat.
-berketurunan Temenggung Muar.
-pendidikan awal di Sekolah Melayu Johor Bahru bersama anak-anak pembesar.
-telah menjadi anak angkat kepada Sultan Ibrahim.
-telah dididik oleh Dato' Jaafar Muhamad.
-berkawan baik dengan Dato' Onn.
-1903, melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris Bukit Zaharah.
-bermula sebagai kerani di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
-menjadi Timbalan Pesuruhjaya Kastam Kelas II di Muar.
-Pemangku Bendahari Johor.
-Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat.
-meninggal dunia pada tahun 1973.

10) YAB. TAN SRI HJ. HASSAN YUNUS 
(1959 - 1867)
-lahir pada 1907, di Muar Johor.
-setelah menamatkan pendidikan awal, telah dihantar oleh kerajaan Johor ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang syariah.
-setelah pulang pada 1 Januari 1940, telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Mufti.
-1 Januari 1943, sebagai Penolong kadi.
-memangku jawatan Mufti Negeri sehingga sebelum merdeka,
-sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Neh=geri Johor.
-sebagai Ahli Majlis Agama Negeri Johor.
-menyertai Persatuan Melayu Johor.
-merupakan salah seorang ''Orang Tujuh'' yang terlibat dalam menandatangani surat bantahan kepada sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.
-Menteri Besar pertama yang dipilih melaui pilihanraya.
-meniggal dunia pada 12 Julai 1968.

11) YAB. TAN SRI OTHMAN BIN MOHD SAAT 
(1967 - 1982)
-lahir pada tahun 1927 di Muar, Johor.
-mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Arab Madrasah Al-Attas di Johor Bahru.
-melanjutkan pelajaran di Makkah selama 2 tahun.
-1965, menjadi Ketua Pemuda UMNO.
-pernah menjadi Pengerusi Grand Prix Johor dan Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor.
-1970, dianugerahkan Pingat Semangat Rimba.
-memulakan skim-skim rumah kos rendah untuk golongan miskin.
-1970-an, membuka tanah rancangan Felda di Johor pada zaman Tun Abdul Razak.
-diberi status ''Doyen'' Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri Malaysia.
-meninggal dunia pada 27 Oktober 2007 disebabkan jangkitan kuman sehingga membawa kepada septisemia (keracunan darah).

12) YAB. DATUK ABD. AJIB BIN AHMAD 
(1982 - 1986)
-dilahirkan pada 13 September 1947 di Segamat, Johor.
-memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar.
-bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar.
-1971, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi.
-pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah kilang minyak.
-(1975-1982), sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato' Musa Hitam.
-1986, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

13) YAB. TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. YASSIN 
(1986 - 1995)
-lahir pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor.
-mendapat pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar dan juga Sekolah Ismai, Muar.
-kemudian, Sekolah Tinggi Muar.
-(1968-1970), di Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.
-1970, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
-1974, Penolong Pegawai Daerah Muar.
-1974, Pengurus Penjawatan SGS Ates (M) Sdn. Bhd.
-(1974-1978), Pengarah Urusan Sri Saujana BHD.
-Pengurua Besar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd.
-(1875-1977), Pengarah Urusan Sergam Bhd.
-Julai 1981, Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negara.
-1983, Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
-1995, menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.
-2004, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
- kini, menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
KERJAYA POLITIK
- sejak April 1985 hingga kini, mengetuai UMNO Bahagian Pagoh.
-1976, Ketua Pemuda UMNO Pagoh.
-1982, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
1985, menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
-September 1993-2008, Naib Presiden UMNO.
-(2009-kini), Timbalan Presiden UMNO.
SUMBANGAN
-pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002.
-Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen.

14) YAB. DATO' HJ. ABDUL GHANI BIN OTHMAN (1995 - Kini)
-lahir pada 14 November 1946 di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor.
-pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tnagkak.
-melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar (High Scholl Muar).
-menyambung pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di Universiti Australia dan sarjana dalam bidang Ekonomi Politik dari Universiti Queensland.
-(1974-1984), menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya.
-(1980-1982), dilantik menjadi Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya.
-(1993-1995), Menteri Belia & Sukan Malaysia.
KERJAYA POLITIK
-Disember 1984-Julai 1986, menjaadi Ahli Dewan Negara.
-1986, Ahli Parlimen Ledang.
-Mei 1987-November 1990, menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom, dan Pos.
-November 1990 hingga 30 November 1993, menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
-1 Disember 1993 - Mac 1995, Menteri Belia & Sukan.
SUMBANGAN
-memperkenalkan Program Rakan Muda semasa menjadi Menteri Belia & Sukan.






0 comments: